5 Februari 2021, Suasana Solat Jumaat di tengah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di Masjid Jamek Layang-layangan, W.P. Labuan


Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 / PKP 2.0

    Seperti yang telah dinyatakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 4 Februari yang lalu, masjid dan surau di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah mendapat kebenaran untuk memperluaskan jumlah bilangan solat secara berjemaah keapda separuh daripada kapasiti keseluruhan masjid untuk melaksanakan solat Jumaat, manakala solat lima waktu diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama dengan mengekalkan penjarakan fizikal sejauh 1.5 meter bagi kedua-duanya.

Sebelum para jemaah dibenarkan untuk memasuki masjid, mereka dikehendaki untuk menulis maklumat-maklumat penting mereka terdahulu

Ahli jawatankuasa masjid dilihat sedang menjaga pintu masuk utama masjid

Empat puluh minit sebelum bermulanya bacaan khutbah Jumaat

Antara lima belas hingga sepuluh minit sebelum khutbah Jumaat

    Sebelum PKP 2.0, masjid dan surau hanya diperlukan untuk menjaga jarak sejauh 1 meter di antara para jemaah sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) bagi rumah-rumah ibadah, namun disebabkan oleh peningkatan mengejut dan drastik yang melibatkan kes positif Covid-19 dan juga jumlah kematian harian yang meningkat berbanding sebelum ini, SOP bagi menunaikan solat secara jemaah telah diperketatkan ditambah lagi dengan negara sekarang berada dalam keadaan darurat.

Bagi kebanyakan penganut agama Islam yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, sememangnya ianya satu kelegaan untuk diberikan peluang menunaikan solat secara berjemaah di masjid mahupun surau walaupun seluruh Malaysia sekarang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 meskipun suasana pada kali ini agak berbeza dengan suasana sebelum Malaysia diserang oleh Covid-19 pada tahun 2020 sewaktu kerajaan Pakatan Harapan masih memerintah dahulu.


Para jemaah dilihat telah sedia membawa sejadah sendiri dari rumah masing-masing

Bagi memastikan kepatuhan para jemaah terhadap SOP, AJK masjid telah meletakkan tanda X pada dua kedudukan saf bagi menandakan penjarakan fizikal sejauh 1.5 meter antara jemaah


    Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dari Kementerian Kesihatan Malaysia melalui link http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/feb/malaysia-terima-vaksin-pfizer-biontech-seminggu-awal , Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal sebelum bermulanya Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama yang dijangka akan dilaksanakan pada 26 Februari ini dengan memberikan keutamaan suntikan awal kepada 7000 petugas vaksinator yang akan bertugas untuk menyuntik vaksin kepada orang awam.

       Meskipun ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menentang suntikan vaksin atau lebih terperinci iaitu golongan anti-vaksin, diharapkan dengan bermulanya agihan dan penyuntikan vaksin kepada peringkat yang melibatkan orang awam, Malaysia mampu melihat semula penurunan drastik jumlah kes harian positif Covid-19 dan penurunan kadar kematian yang berpunca daripada virus tersebut.

Seorang kariah masjid sedang menunaikan solat sunat

Suasana selepas solat Jumaat